SAHOCA

Click here to edit subtitle

Newsletter

Golf Amal SAHOCA

Posted by amrul.isham@gmail.com on January 4, 2017 at 3:45 AM



Juga terbuka kepada yg berminat untuk memberi sumbangan dan tajaan!

Nota : Semua sumbangan akan dikeluarkan resit rasmi Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6),Akta Cukai Pendapatan 1967; No Rujukan: LHDN.01/35/42/179-6.777

 


KLASIFIKASI SUMBANGAN

 Penaja “PLATINUM” - Sumbangan atau melebihi RM 250,000.00

  1.  Nama/logo penaja akan diletakkan di semua bahan percetakan acara.
  2. Penaja akan ditempatkan bersama di meja santapan DiRaja.
  3. Penyerahan cek sumbangan penaja akan dipersembahkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah.
  4. Nama penaja akan dipahatkan di tempat khas di Dewan Centennial Sultan Abdul Halim, Kolej Sultan Abdul Hamid.
  5. Plak penghargaan Khas akan disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda kepada penaja.
  6. Nama penaja akan diletakkan di lokasiTee-box stategik.


Penaja “EMAS” – Sumbangan atau melebihi RM 50,000.00

  1. Nama/logo penaja akan diletakkan di semua bahan percetakan acara.
  2. Penyerahan cek sumbangan penaja akan dipersembahkan kepada Duli yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah.
  3. Nama penaja akan dipahatkan di tempat khas di Dewan Centennial Sultan Abdul Halim, Kolej Sultan Abdul Hamid.
  4. Plak penghargaan akan disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah kepada penaja.
  5. Nama penaja akan diletakkan di lokasiTee-box strategik.

 

Penaja “PERAK” – Sumbangan atau melebihi RM 25,000.00

  1. Nama/logo penaja akan diletakkan di antara bahan percetakan acara.
  2. Nama penaja akan dipahatkan di tempat khas di Dewan Centennial Sultan Abdul Halim, Kolej Sultan Abdul Hamid.
  3. Plak penghargaan akan disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah kepada penaja.
  4. Nama penaja akan diletakkan di lokasiTee-box.


Penaja “GANGSA” – Sumbangan dari RM 10,000.00 hingga RM 25,000.00

  1. Nama/logo penaja akan diletakkan di antara bahan percetakan acara.
  2. Nama penaja akan dipahatkan di tempat khas di Dewan Centennial Sultan Abdul Halim, Kolej Sultan Abdul Hamid.

  

Plak penghargaan akan disampaikan oleh Dato Paduka Presiden yang disaksikan oleh Duli Yang Teramat MuliaTunku Raja Muda Kedah kepada penaja.

Nama penaja akan diletakkan di lokasiTee-box.

Penaja/penyumbang serta 3 orang tetamu ke acara serta majlis santapan.


NOTA: Bagi kategori klasifikasi “ PLATINUM/EMAS/PERAK “ , penaja/penyumbang berserta 7 tetamu akan dijemput bermain serta ke majlis santapan Di Raja



Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments