SAHOCA

Click here to edit subtitle

Newsletter

SAHOCA MENJULANG PIALA PUSINGAN TUN KHALIL YAAKOB

Posted by SAHOCA on March 20, 2017 at 10:40 AM

By B/Jen Dato' Azizon Ariffin


Sabtu, 5hb Mac 2017 menjadi tarikh ‘Bragging Right’ bagi Sultan Abdul Hamid Old Collegian Association (SAHOCA) bagi tempoh satu tahun kerana telah menjadi juara pertama sempena ‘National Inter Alumni Tournament 2017’ (NIAT) dimana Piala Tun Khalil Yaakob menjadi rebutan. Seramai 8 alumni atau bekas pelajar ‘premier school’ atau sekolah berasrama penuh telah mengambil bahagian di Air Keroh Country Club (AKCC) menandingi dalam 3 kategori Gross, Nett & System 36. Seramai 168 peserta alumni yang mengambil bahagian adalah dari MCOBA, SDARA, STAROBA, ASAS, OPA, ANSARA, MOZAC dan SAHOCA. Turut mengambil bahagian adalah dari alumni TKCOGA dan Srikandi.


Seramai 21 pemain SAHOCA diketuai oleh Wan Azfar Wan Anuar & diurus oleh Kamaruzaman Saad serta Kol Afendi Ahmad bersama sekretariat mereka telah berjaya mengumpulkan beberapa pemain berserta simpanan dari Alor Star, KL, Miri, Langkawi, Taiping & lain-lain tempat di seluruh pelusuk tanah air. Mereka telah memberi penglibatan menggalakkan, semangat berpasukan, latihan perseorangan serta kumpulan, susunan strategi yang padat dan menetapi pertandingan yang begitu sengit dan mencabar. Dengan sokongan kewangan, moral serta berbagai tajaan persendirian dari Presiden, bekas Presiden serta individu alumni, tim SAHOCA telah mempamerkan semangat setiakawan dan ‘sportmanship’ yang tinggi sehingga menjuarai Piala Tun Khalil Yaakob. TYT Melaka YAM Tun Mohd Khalil Yaakob turut menghadiri dan berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Turut hadir adalah KM Melaka Datuk Seri Utama Ir Idris Haron, MB Pahang Datuk DR Adnan Yaakop & MB Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Muhammad Hasan.

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments